Page 102 - Panduan Amalan Ramadan
P. 102
Surah Yasin
Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka,
lalu Kami tutup pandangan mereka. Maka dengan itu, mereka tidak dapat
melihat (jalan yang benar). Dan (dengan sebab itu) sama sahaja
kepada mereka, engkau beri peringatan atau engkau tidak beri peringatan
kepadanya - mereka tetap tidak akan beriman.
Sesungguhnya peringatan (yang berkesan dan mendatangkan faedah)
hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran
al-Qur’an serta dia takut (melanggar perintah Allah) al-Rahman
semasa dia tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Tuhan.
Oleh itu, sampaikanlah kepadanya berita yang menggembirakan dengan
keampunan dan pahala yang mulia. Sesungguhnya
Panduan Amalan Ramadan Kami menghidupkan orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang mereka
telah kerjakan serta segala bukti perkataan dan perbuatan yang mereka
tinggalkan.
Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan satu persatu dalam kitab
(Lawh Mahfuz) yang nyata.
101

