Page 145 - Panduan Amalan Ramadan
P. 145
Surah Al-Mulk
Apakah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu tidak mengetahui
(segala-galanya)? Sedangkan Dia Maha Terperinci (ilmu-Nya) lagi Maha
Mendalam Pengetahuan-Nya.
Dialah Yang menjadikan bumi ini mudah digunakan bagi kamu,
maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya dan makanlah daripada
rezeki yang dikurniakan Allah.
(Ingatlah) kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan
hidup semula. Apakah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang
pengaruh dan kekuasaan-Nya) di langit itu
menterbalikkan bumi bersama kamu, lalu tiba-tiba bumi itu bergegar
(melenyapkan kamu di bawahnya)?
Panduan Amalan Ramadan
Atau apakah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan (yang pengaruh
dan kekuasaan-Nya) di langit itu menghantar
angin ribut berbatu kepada kamu. Maka dengan itu, kamu akan mengetahui
bagaimana buruknya kesan amaran-Ku kelak?
144

