Page 191 - Panduan Amalan Ramadan
P. 191

Solat Witir





                    Maksudnya:
                    “Ya Allah ya Tuhan, kami mohon kepada-Mu iman yang berkekalan dan kami
                    mohon kepada-Mu agar dikurniakan hati yang khusyuk, keyakinan yang jitu dan
                    ilmu yang bermanfaat. Ya Allah kami juga mohon kepada-Mu amalan soleh dan
                    pegangan agama yang teguh serta keampunan dan keselamatan. Kurniakanlah
                    kepada kami ya Allah kesempurnaan dan keselamatan daripada bala bencana,
                    rasa kecukupan daripada meminta-minta daripada sesama manusia. Ya Allah
                    ya Tuhan kami, terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, ibadah kami,
                    khusyuk kami, rasa rendah hati kami dan sempurnakanlah kekurangan kami.
                    Wahai Allah Tuhan Yang Maha Pengasih daripada kalangan yang mengasihi,
                    limpahkanlah  selawat  ke  atas  sebaik-baik  makhluk  penghulu  kami  Nabi
                    Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda seluruhnya.
                    Segala pujian hanya layak untuk Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam.”

                    Perhatian:
                    Sesiapa yang telah mengerjakan witir penamat kemudian mahu menunaikan
                    solat lain selepas itu, maka ia boleh solat tetapi tidak mengulangi witir kerana
                    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:


                                 “Tidak ada dua witir pada satu malam.”














                                                                                      Panduan Amalan Ramadan















                                                                                    190
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196