Page 51 - Panduan Amalan Ramadan
P. 51
Doa Harian
Hari ke-13
“Ya Allah! Sucikanlah diriku padanya (hari ini)
daripada kekotoran dan kejelekan. Berilah
kesabaran kepadaku untuk menghadapi segala
ketentuan. Pimpinlah aku kepada ketakwaan,
bersahabat dengan orang yang baik, dengan
bantuan-Mu, wahai Penyejuk mata orang yang
miskin.”
Hari ke-14
“Ya Allah! Janganlah Engkau hukum aku padanya
(hari ini) lantaran kekeliruan yang kulakukan
dan ampunilah aku daripada pelbagai kesalahan
dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku Panduan Amalan Ramadan
sebagai sasaran bala bencana dan malapetaka,
demi kemuliaan-Mu, wahai Kemuliaan kaum
Muslimin.”
50

