Page 65 - Panduan Amalan Ramadan
P. 65
Surah Al-Kahfi
Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu, bertahun-
tahun.
Kemudian Kami bangkitkan mereka (daripada tidur) untuk Kami mengetahui;
siapakah daripada dua golongan antara mereka
yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (di dalam gua itu).
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad)
perihal mereka dengan benar. Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak
muda yang beriman kepada Tuhan mereka
dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah. Dan Kami kuatkan hati mereka
(dengan kesabaran dan keberanian) semasa
Panduan Amalan Ramadan
mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata, “Tuhan kami ialah Tuhan
yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak akan
menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya. Jika kami menyembah yang lainnya
bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh daripada
kebenaran.”
64

