Page 109 - Panduan Amalan Ramadan
P. 109
Surah Yasin
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mungkin mengejar bulan,
dan malam pula tidak dapat
mendahului siang. Tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di orbitnya
masing-masing. Dan satu bukti lagi
untuk mereka ialah, Kami mengangkut keturunan mereka dalam bahtera yang
penuh sarat (iaitu bahtera Nabi Nuh a.s.);
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya,
yang mereka dapat mengenderainya. Jika Kami kehendaki,
Kami boleh menenggelamkan mereka. Ketika itu, tidak ada yang dapat memberi
pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, kecuali
Panduan Amalan Ramadan
dengan rahmat daripada Kami dan (kerana kehendak Kami untuk memberikan)
kesenangan hidup sampai ke suatu masa. Apabila dikatakan kepada mereka:
“Takutlah kamu akan azab
yang ada di hadapan kamu (di dunia) dan azab yang ada di belakang kamu (di
akhirat), supaya kamu beroleh rahmat,” (tetapi mereka tidak mengendahnya).
108

