Page 114 - Panduan Amalan Ramadan
P. 114
Surah Yasin
Jika Kami kehendaki, pasti Kami mengubahkan keadaan jasmani mereka
(menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya. Maka dengan itu,
mereka tidak
dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. Sesiapa yang
Kami panjangkan umurnya,
nescaya Kami kembalikan kejadiannya (kepada keadaan serba lemah). Maka
mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? Kami tidak mengajarkan
syair kepadanya (Muhammad s.a.w), dan kepandaian bersyair itu pula tidak
sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan
nasihat pengajaran dan Kitab Suci
yang memberi penerangan; Supaya dia memberi peringatan kepada orang yang
masih hidup (hatinya), dan supaya nyata ketetapan hukuman (azab)
Panduan Amalan Ramadan terhadap orang yang kafir. Tidakkah mereka melihat (dan memikirkan)
bahawa Kami telah menciptakan
binatang-binatang ternakan antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami
ciptakan dengan kekuasaan Kami untuk mereka, lalu mereka memilikinya?;
113

