Page 116 - Panduan Amalan Ramadan
P. 116
Surah Yasin
Tidakkah manusia itu memperhatikan bahawa Kami telah menciptakannya
daripada (setitis) air mani?
Namun, (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan kekuatannya) maka tiba-
tiba dia menjadi seorang penentang yang nyata (tidak mahu mempercayai hari
kebangkitan), serta dia mengemukakan
perumpamaan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dia juga lupa kepada
kejadiannya (yang lemah asalnya) sambil bertanya, “Siapakah yang dapat
menghidupkan
tulang-tulang yang telah hancur ini?” Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur
itu akan dihidupkan oleh Tuhan Yang telah
menciptakannya pertama kali. Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan
makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya)
Panduan Amalan Ramadan Tuhan Yang telah menjadikan api (yang boleh didapati) daripada pohon-pohon
yang hijau
untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada
pohon-pohon itu.”
115

