Page 115 - Panduan Amalan Ramadan
P. 115
Surah Yasin
Dan Kami menjinakkannya untuk kegunaan mereka. Maka, sebahagian
daripadanya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian
lagi mereka makan; Dan mereka beroleh pelbagai faedah pada binatang
ternakan itu dan juga beroleh minuman (daripada susunya);
maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? Mereka menyembah beberapa
tuhan selain Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan
(daripada makhluk-makhluk itu).
Sembahan-sembahan mereka itu tidak dapat menolong mereka sama
sekali, sedangkan sembahan-sembahan itu sendiri
Panduan Amalan Ramadan
menjadi tentera (menurut dakwaan mereka) yang akan dibawa hadir (di
dalam neraka bersama mereka). Maka janganlah engkau (wahai Muhammad)
berdukacita
disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami
mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.
114

