Page 198 - Panduan Amalan Ramadan
P. 198

Al-Ma’thurat












                   255. Allah,  tiada  Tuhan  (yang  berhak  disembah)  melainkan  Dia,  Yang  Tetap
                       Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbir (sekalian makhluk-Nya).
                       Dia tidak didatangi rasa mengantuk dan tidak pula tidur. Dia yang memiliki
                       segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat
                       memberi  syafaat (pertolongan) di  sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya.
                       Dia yang mengetahui  apa yang ada di  hadapan mereka dan apa yang
                       ada  di  belakang  mereka,  sedangkan  mereka  tidak  mengetahui  sesuatu
                       pun daripada (keluasan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
                       (yang disampaikan oleh para rasul). Luasnya Kursiy Allah (atau ilmu dan
                       kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan
                       bagi  Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dia-lah Yang
                       Maha  Tinggi (darjat  kemuliaan-Nya),  lagi Maha  Agung  (kekuasaan-Nya).

                                                            (Surah al-Baqarah: 255)









                   256. Tidak ada paksaan dalam agama Islam (yakni untuk memeluknya).
                       Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kekufuran).
                       Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada Taghut (syaitan atau berhala) dan
                       dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang
                       kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Allah Maha
                       Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
         Panduan Amalan Ramadan







                                                           (Surah al-Baqarah: 256)







       197
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203