Page 202 - Panduan Amalan Ramadan
P. 202
Al-Ma’thurat
286. Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa), “Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa
atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan
kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
(Surah al-Baqarah: 286)
Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
1. Alif, Lam, Mim.
2. Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup
lagi Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhluk-Nya.
(Surah Ali ‘Imran: 1-2)
111. Dan tunduklah semua muka (dengan merendah diri) kepada Tuhan Yang
Hidup Kekal lagi Kekal Mentadbir (makhluk-Nya). Dan sesungguhnya telah
Panduan Amalan Ramadan 112. Dan sesiapa yang mengerjakan amal-amal yang soleh dan dia dalam
rugilah orang yang melakukan kezaliman.
keadaan beriman, maka dia tidak khuatir akan perlakuan yang tidak adil
(terhadapnya) dan tidak (pula) akan pengurangan haknya.
(Surah Taha: 111-112)
201

