Page 204 - Panduan Amalan Ramadan
P. 204
Al-Ma’thurat
129. “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada Dia. Hanya kepada-
Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
(7x)
(Surau al-Taubah: 129)
110. Katakanlah, (wahai Muhammad), “Serulah nama ‘Allah’ atau nama
‘al- Rahman’, yang mana sahaja kamu serukan (daripada kedua-dua nama itu
adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai nama-nama yang baik serta
mulia.” Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga
janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang
sederhana antara itu.
111. Dan katakanlah, “Segala puji tertentu bagi Allah yang tidak mempunyai anak,
dan tiada bagi-Nya sekutu dalam urusan kerajaan-Nya, dan tiada bagi-Nya
penolong disebabkan sesuatu kelemahan. Hendaklah engkau membesarkan
serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!”
(Surau al-Isra’: 110-111)
115. “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan
kamu dengan tiada sebarang hikmah (tujuan) pada ciptaan itu? Dan kamu
Panduan Amalan Ramadan 116. Maka, Maha Tinggilah Allah yang menguasai seluruh alam dengan haq, tiada
(pula menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arasy yang mulia.
203

