Page 206 - Panduan Amalan Ramadan
P. 206

Al-Ma’thurat







                    117.  Sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah,
                        dengan  tidak  berdasarkan  sebarang  keterangan  mengenainya,  maka
                        perhitungannya disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang yang
                        kafir tidak akan berjaya.

                    118.  Katakanlah (wahai Muhammad), “Wahai Tuhanku, ampunkanlah dan
                        kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik
                        Pemberi rahmat.”
                                                      (Surah al-Mu’minun: 115-118)



                    17.  Maka bertasbihlah (bersolat) kepada Allah semasa engkau berada pada
                        waktu malam (solat maghrib dan isyak) dan semasa kamu berada pada
                        waktu subuh (solat subuh).

                    18.  Bagi-Nyalah segala puji  di langit dan di  bumi, dan juga (bertasbihlah
                        kepada-Nya serta pujilah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu
                        berada pada waktu zuhur.

                    19.  Dia  mengeluarkan  yang  hidup  daripada  yang  mati  dan  mengeluarkan
                        yang  mati  daripada  yang  hidup,  serta  menghidupkan  bumi  sesudah
                        matinya  dan  sedemikian  itulah  kamu  akan  dikeluarkan  (hidup  semula
                        dari kubur).
                    20.
                        Antara tanda (yang membuktikan kekuasaan-Nya menghidupkan kamu
                        semula), bahawa Dia menciptakan kamu daripada tanah (asal kamu iaitu
                        Adam a.s.), kemudian kamu menjadi manusia yang hidup berkembang
                        biak di muka bumi.
                    21.  Dan  antara  tanda  (yang  membuktikan  kekuasaan  dan  rahmat-Nya)
         Panduan Amalan Ramadan  antara kamu (suami  isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
                        bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu
                        sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikan–Nya

                        Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
                        (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.









       205
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211