Page 210 - Panduan Amalan Ramadan
P. 210
Al-Ma’thurat
Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
1. Ha, Mim.
2. Diturunkan Kitab ini (iaitu al-Qur’an) daripada Allah Yang
Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui,
3. Yang mengampunkan dosa dan yang menerima taubat, yang berat azab-
Nya (bagi orang kafir) lagi Pemberi nikmat yang melimpah kurniaan-Nya.
Tiada Tuhan melainkan Dia. Kepada-Nyalah tempat kembali.
(Surah Ghafir: 1-3)
22. Dia-lah Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara
yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.
23. Dia-lah Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai
(sekalian alam), Yang Suci, Yang Maha Selamat Sejahtera (daripada
segala kekurangan), Yang Maha Melimpahkan Keamanan, Yang Maha
Perkasa, Yang Maha Gagah (menundukkan segala-galanya), Yang
Melengkapi segala Kebesaran–Nya. Maha Suci Allah daripada segala
yang disekutukan dengan-Nya.
Dia-lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan
24.
Panduan Amalan Ramadan Nya menurut kehendak-Nya), yang mempunyai nama-nama yang terbaik
(daripada tiada kepada ada), Yang Membentuk rupa (makhluk-makhluk-
(al-Asma’ al-Husna). Segala yang ada di langit dan di bumi bertasbih
kepada-Nya. Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah al-Hasyr: 22-24)
209

