Page 208 - Panduan Amalan Ramadan
P. 208

Al-Ma’thurat












                   22.  Dan  antara  tanda  (yang  membuktikan  kekuasaan  dan  kebijaksanaan-
                        Nya) ialah kejadian langit dan bumi serta perbezaan bahasa dan warna
                        kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-
                        keterangan bagi orang berpengetahuan.


                   23.  Dan antara tanda (yang membuktikan kemurahan dan kasih sayang-Nya)
                        ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan siang hari (untuk berehat) dan
                        usaha kamu mencari rezeki daripada limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya
                        keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang
                        yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).


                   24.  Dan  antara  tanda  (yang  membuktikan  kebesaran  dan  kekuasaan-
                        Nya), Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan dan
                        memberi harapan, Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan
                        bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian
                        mengandungi keterangan-keterangan bagi orang yang menggunakan
                        akal untuk memahaminya.


                   25.  Dan  antara  tanda  (yang  membuktikan  keluasan  ilmu  dan  kekuasaan-
                        Nya), ialah berdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan
                        itu) dengan perintah dan penentuan takdir-Nya, akhirnya apabila Dia
                        menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula)
                        dari bumi, dengan serta-merta kamu keluar.
         Panduan Amalan Ramadan  masing tetap tunduk kepada hukum peraturan-Nya.
                        Dan kepunyaan-Nyalah siapa yang ada di langit dan di bumi, masing-
                   26.


                                                            (Surah al-Rum: 17-26)








       207
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213