Page 216 - Panduan Amalan Ramadan
P. 216
Al-Ma’thurat
Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah)
Pemelihara sekalian manusia.”
2. “Yang menguasai sekalian manusia.”
3. “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.”
4. “Daripada kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi.”
5. “Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.”
6. “(Iaitu pembisik dan penghasut) daripada kalangan jin dan manusia.”
(Surah al-Nas: 1-6)
Sesungguhnya kami berada di pagi hari (di petang hari) dengan keinsafan,
bahawa kerajaan di bumi dan sekalian makhluk seluruhnya adalah milik Allah.
Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya dan tiada Tuhan yang berhak
disembah selain daripada-Nya, dan kepada-Nyalah kami akan dibangkitkan.
(3x)
Panduan Amalan Ramadan
215

