Page 218 - Panduan Amalan Ramadan
P. 218
Al-Ma’thurat
Sesungguhnya kami berada di pagi hari (di petang hari) dalam keadaan fitrah
Islam, dan kalimah-kalimah ikhlas, dalam agama Nabi kami, Muhammad SAW,
dan dalam ajaran (millah) bapa kami Nabi Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia
bukan seorang musyrik. (3x)
Ya Allah, sesungguhnya aku berada di pagi hari (di petang hari) oleh-Mu
dalam kenikmatan dan sihat walafiat (selamat daripada segala bencana), dan
terpelihara segala rahsia (dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu
dan penjagaan-Mu ke atasku, di dunia dan akhirat. (3x)
Ya Allah, sesungguhnya apapun nikmat yang aku peroleh dan diperolehi oleh
seseorang di antara makhluk-Mu adalah milik-Mu, Yang Maha Esa dan tidak ada
sekutu bagi-Mu, kepunyaan Engkaulah segala puji dan syukur. (3x)
Panduan Amalan Ramadan Wahai Tuhan, segala puji dan puja tertentu bagi kamu, keagungan dan kemuliaan
wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. (3x)
217

