Page 226 - Panduan Amalan Ramadan
P. 226
Al-Ma’thurat
Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagi-Mu, aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat
kepada-Mu. (3x)
Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam selamanya ke atas junjungan kami
Muhammad, hamba, nabi dan rasul-Mu yang ummi serta ke atas keluarga
dan sahabat baginda, sebanyak bilangan apa-apa sahaja yang diketahui oleh-
Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu dan sebanyak yang
dikandung oleh Kitab-Mu. (3x)
Redhailah penghulu-penghulu kami, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan
sekalian para sahabat baginda, para tabi’in, dan orang yang mengikuti jejak
langkah mereka hingga ke hari akhirat. Maha Suci Engkau yang memiliki segala
kebesaran dan kemuliaan daripada segala sifat yang cuba mereka tampilkan
kepada-Mu. Selamat sejahtera ke atas semua para rasul utusan. Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam.
Panduan Amalan Ramadan
225

