Page 228 - Panduan Amalan Ramadan
P. 228
Al-Ma’thurat
Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang sentiasa basah mengingati dan
menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu, serta
badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang penuh khusyuk, ilmu yang
memberi manfaat, keyakinan yang benar-benar mantap, cara hidup yang jitu
dan unggul, selamat daripada segala malapetaka dan kecukupan yang tidak
terbatas. Berikanlah kami iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi
gentar, mengharap atau menyembah kepada selain-Mu. Kembangkanlah
lembayung rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta
sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah Engkau biarkan nasib kami
ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun dalam sekelip mata atau dalam masa
yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan sebaik-baik yang memperkenankan
doa.
Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas junjungan kami Muhammad,
nabi yang mulia serta keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Panduan Amalan Ramadan
227

