Page 232 - Panduan Amalan Ramadan
P. 232

Al-Ma’thurat













                    Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah
                    berhimpun semata-mata kerana mengasihi-Mu, menurut perintah-Mu, bersatu
                    memikul seruan-Mu, hati-hati ini telah membuat persetiaan bagi mendaulatkan
                    syariat-Mu, maka ya Allah, teguhkanlah ikatannya, kekalkan kemesraan antara
                    hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan yang benar, isikanlah hati-
                    hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah padam, lapangkanlah hati-hati ini
                    dengan keimanan serta keyakinan bertawakkal kepada-Mu, hidupkanlah hati-
                    hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu, matikanlah hati-
                    hati ini dalam syahid di atas jalan-Mu, kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung
                    dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Wahai
                    Tuhanku, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Muhammad,
                    keluarga dan para sahabat sekalian.


















         Panduan Amalan Ramadan















       231
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237