Page 236 - Panduan Amalan Ramadan
P. 236
Haji & Umrah
HAJI QIRAN
Mengerjakan haji dan umrah serentak dalam bulan haji, dengan cara
melaksanakan semua rukun dan wajib haji, kedua-duanya dikira telah
dilaksanakan dalam satu masa. Manakala cara lain pula, mengerjakan umrah
sahaja, tetapi sebelum bertawaf, jemaah haji berniat menunaikan semua rukun
dan wajib haji.
Niat Haji dan Umrah
“Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah serta aku berihram dengannya kerana
Allah Ta’ala.”
TAWAF
Niat Tawaf Haji Tamattu’
Bagi jemaah yang melaksanakan Haji Tamattu’.
“Ya Allah, sahaja aku melaksanakan tawaf umrah tujuh pusingan di Baitullah
al-Haram. Mudahkanlah urusanku dan terimalah tawafku kerana Allah Ta’ala.”
Niat Tawaf Haji Qudum (Tawaf Selamat Datang)
Panduan Amalan Ramadan “Ya Allah sahaja aku melaksanakan tawaf qudum tujuh pusingan di Baitullah
Bagi jemaah yang melaksanakan Haji Ifrad dan Qiran.
al-Haram kerana Allah Ta’ala.”
235

