Page 151 - Panduan Amalan Ramadan
P. 151

Solat Dhuha





                                        1. SOLAT DHUHA
                    Solat ini dilakukan pada waktu dhuha iaitu pada saat matahari sedang naik lebih
                    kurang sepenggalah (antara 7 pagi ke 8 pagi) sehinggalah matahari hampir tegak
                    (12 tengah hari).
                        Solat  ini  dilakukan  oleh  Rasulullah  s.a.w.  dan  baginda
                    menggalakkan para sahabat melakukannya. Hadis-hadis sahih menunjukkan
                    bahawa Nabi s.a.w. bersolat lapan rakaat ketika mencapai kemenangan besar,
                    empat rakaat pada keadaan biasa dan pernah menyuruh Abu Dzar melakukan
                    dua rakaat sahaja.
                    Antara dalil tentang solat ini ialah:


















                    Maksudnya:
                    Daripada Abu Hurairah r.a katanya:  “Telah berwasiat kepadaku temanku
                    (Rasulullah SAW) tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha
                    dua rakaat dan solat witir sebelum tidur.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
                    Cara mengerjakannya:
                                                                                      Panduan Amalan Ramadan
                    a. Lafaz niat:





                    Maksudnya:
                    “Sahaja aku menunaikan solat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”






                                                                                    150
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156