Page 155 - Panduan Amalan Ramadan
P. 155
Solat Tasbih
Maksudnya:
“Ya Allah, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang
terdapat di dalamnya. Bagi Engkaulah segala pujian, Engkaulah Yang memiliki
semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkaulah
segala pujian, Engkaulah Yang menerangi semua langit dan bumi serta segala
yang berada di dalamnya. Bagi Engkaulah segala pujian, Engkaulah yang Benar
dan janji-Mu adalah benar, pertemuan dengan-Mu adalah benar, kata-kata-
Mu adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi-Mu adalah
benar, Muhammad s.a.w. adalah benar dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah,
kepada-Mu sahaja aku serahkan diri, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu
aku bertawakkal dan kepada-Mu aku kembali, dengan pertolongan-Mu aku
menghadapi musuhku, kepada-Mu aku berhakim. Oleh itu, ampunilah dosa-
dosaku yang terdahulu, yang terkemudian, dosa yang tersembunyi, yang nyata
dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahuinya. Engkaulah Yang
Maha Mendahulukan dan Yang Maha Mengakhirkan, tiada Tuhan kecuali
Engkau dan tiada daya serta upaya kecuali dengan pertolongan-Mu.”
3. SOLAT TASBIH
Tasbih bermaksud mengakui kesucian Allah daripada segala yang tidak layak
bagi-Nya. Antara kelebihan dan fadilat solat ini ialah dapat mengampunkan
dosa yang lama dan yang baru, dosa yang sengaja atau tidak serta dosa yang
tersembunyi atau terang.
Solat sunat tasbih boleh dilaksanakan pada siang dan
malam. Pada waktu siang, solat tasbih boleh dilakukan 4 rakaat dengan 1 salam.
Manakala pada sebelah malam pula boleh dilakukan 4 rakaat dengan 2 salam.
a. Lafaz niat
Waktu siang:
Panduan Amalan Ramadan
Maksudnya:
“Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Waktu malam:
154

