Page 158 - Panduan Amalan Ramadan
P. 158
Solat Taubat
4. SOLAT TAUBAT
Solat ini dilakukan setelah seseorang melakukan dosa dan ingin bertaubat
kepada Allah s.w.t serta menyesali kesilapan yang telah lalu. Bertaubat
daripada sesuatu dosa bermaksud menyesal atas perbuatan salah yang telah
dilakukannya dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Justeru, segeralah
memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
Solat ini boleh ditunaikan sebanyak dua rakaat sehingga enam rakaat iaitu
dengan satu salam setiap dua rakaat.
a. Lafaz Niat:
Maksudnya:
“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
b. Bacaan:
Pada rakaat pertama hendaklah membaca Surah al-Fatihah dan Surah
al-Kafirun.
Panduan Amalan Ramadan
157

