Page 160 - Panduan Amalan Ramadan
P. 160

Solat Istikharah







                                      5. SOLAT ISTIKHARAH

                    Solat sunat istikharah dilaksanakan bagi meminta petunjuk. Didirikan supaya
                    dapat menyelesaikan jalan buntu dalam membuat sesuatu keputusan bagi
                    segala urusan kehidupan.  Dengan  ibadat ini Allah s.w.t akan menunjukkan
                    petandanya, jika baik diteruskan dan jika sebaliknya tidak diteruskan. Ia boleh
                    dilakukan dua rakaat hingga dua belas rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w yang
                    bermaksud,
                    “Antara  kebahagiaan  anak  Adam  ialah  solat  istikharah  daripada  Allah  s.w.t
                    dalam segala urusannya dan antara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan
                    solat istikharah daripada Allah s.w.t dalam segala urusannya.”

                    Solat istikharah boleh dilakukan pada waktu pagi dan malam.

                    a. Lafaz niat:





                    Maksudnya:
                    “Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”



                    b. Bacaan:

                       Pada  rakaat  pertama  hendaklah  membaca  Surah  al-Fatihah  dan
                       Surah al-Kafirun.


         Panduan Amalan Ramadan        Pada  rakaat  kedua  hendaklah  baca  Surah  al-Fatihah  dan  Surah



                      al-Ikhlas.










       159
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165