Page 162 - Panduan Amalan Ramadan
P. 162

Solat Hajat




                    Maksudnya:
                    “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu,
                    aku minta kekuatan daripada-Mu dengan kekuatan-Mu, aku mohon daripada-
                    Mu  kelebihan-Mu  yang  banyak.  Sesungguhnya  Engkaulah  yang  berkuasa
                    sedangkan  aku  tidak.  Engkau  Maha  Mengetahui  sedangkan  aku  tidak,  aku
                    bahkan Engkaulah yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika
                    Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku
                    dan kesudahan urusanku buat masa ini dan akan datang maka tentukannya
                    untukku dan berkatilah ia untukku. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa
                    perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku
                    buat  masa  ini  dan  akan  datang  maka  elakkannya  dariku  dan  tentukanlah
                    untukku kebaikan di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkaulah yang
                    Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.”





                                        6. SOLAT HAJAT

                    Solat sunat hajat adalah solat yang dilakukan bagi memohon bantuan atau hajat
                    daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,

                    “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah s.w.t atau pada sesiapa daripada
                    kalangan anak Adam, hendaklah dia mengambil wuduk dan kemudian dia solat
                    dua rakaat dan berdoa.”

                    Solat hajat boleh dilakukan sebanyak dua, empat atau dua belas rakaat.

                    a. Lafaz niat:




         Panduan Amalan Ramadan  “Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”


                    Maksudnya:











       161
   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167