Page 153 - Panduan Amalan Ramadan
P. 153
Solat Tahajud
Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, keindahan
itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu
adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan
itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah! Jika rezekiku berada di atas langit, maka
turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan
jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh
maka dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan
kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan
kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”
2. SOLAT TAHAJUD
Solat tahajud bermaksud solat sunat yang dikerjakan apabila terjaga daripada
tidur malam walaupun seketika. Waktu solat ini bermula selepas solat fardu
isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga
malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga terbit fajar. Solat ini dilakukan sekurang-
kurangnya dua rakaat secara bersendirian dan tiada had bagi sebanyak-
banyaknya.
Cara mengerjakannya:
a. Lafaz niat:
Maksudnya:
“Sahaja aku bersolat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.”
b. Bacaan:
Pada rakaat pertama hendaklah baca Surah al-Fatihah dan Surah al-Kafirun.
Panduan Amalan Ramadan
Pada rakaat kedua hendaklah baca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas.
152

