Page 87 - Panduan Amalan Ramadan
P. 87
Surah Al-Kahfi
Temannya berkata, “Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu
besar itu? Sebenarnya aku
lupakan hal ikan itu. Tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada
menyebutkan halnya kepada engkau melainkan
syaitan. Ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya
di laut dengan cara yang menakjubkan.” (Nabi) Musa berkata, “Itulah (tempat)
yang kita kehendaki,” mereka pun berpatah balik semula ke situ, dengan
menurut jejak mereka.
Panduan Amalan Ramadan
Lalu mereka mendapati ada seorang daripada hamba-hamba Kami (iaitu Nabi
Khidir), yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat
daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu, daripada sisi Kami.
86

