Page 89 - Panduan Amalan Ramadan
P. 89
Surah Al-Kahfi
Lalu kedua-duanya berjalan sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu,
dia membocorkannya.
Musa berkata, “Patutkah engkau membocorkannya, sedangkan akibat
perbuatan itu boleh menenggelamkan penumpang-penumpangnya?
Sesungguhnya engkau telah melakukan
satu kesalahan yang berat.” Dia menjawab, “Bukankah aku telah katakan
bahawa engkau sekali-kali tidak akan mampu
bersabar bersamaku?” Musa berkata, “Janganlah engkau marahkan daku
disebabkan daku lupa (akan syaratmu) dan janganlah
engkau membebani aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut
ilmu).” Kemudian kedua-duanya berjalan sehingga
Panduan Amalan Ramadan
apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia membunuhnya.
Musa berkata, “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih,
yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan
satu perbuatan yang mungkar.”
88

