Page 90 - Panduan Amalan Ramadan
P. 90
Surah Al-Kahfi
Dia menjawab, “Bukankah aku telah katakan bahawa engkau tidak sekali-kali
akan mampu
bersabar bersamaku?” Musa berkata, “Jika aku bertanya kepadamu tentang
sebarang perkara sesudah ini,
maka janganlah engkau biarkan aku menemanimu lagi, sesungguhnya engkau
sudah berkali-kali memberi keuzuran (alasan agar tidak menemanimu).”
Maka keduanya berjalan lagi sehingga mereka sampai kepada penduduk sebuah
bandar, mereka meminta makanan
kepada penduduk di situ tetapi penduduk bandar itu enggan menjamu mereka.
Kemudian mereka dapati di situ
Panduan Amalan Ramadan ada sebuah dinding rumah yang hampir runtuh, lalu Khidir mendirikannya
semula. Musa berkata,
“Jika engkau mahu, engkau berhak mengambil upah untuknya (kerana kita
sangat memerlukan makanan).”
89

